|
LAGU
SEKOLAH ; LOGO ; BENDERA SEKOLAH
; SLOGAN |
Sekolah Menengah
Dr Burhanuddin,
Berbakti dan berjasa,
Mendidik dan memimpin,
Dalam segala cita-cita.
Mendidik putri dan putera,
Dari berbilang bangsa,
Menuju cita-cita jaya,
Untuk negara dan bangsa.
Kami berjanji akan berbakti,
Dengan sepenuh hati,
Beriman, berilmu, beramal,
Bertakwa dan tawakal,
Kuning merah warna bendera,
Lambang yang kami puja,
Berkibar dengan megah,
Tetap dalam sejarah.
 |
RODA yang mengelilingi buku
Melambangkan
Sains dan Teknologi Moden. Sekolah ini sedang memajukan bidang akademik
selaras dengan keperluan negara yang pesat membangun seiring dengan
kemajuan Sains dan Teknologi.
BUKU
Melambangkan
sumber ilmu yang juga merupakan bahan terpenting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
5 GELANG BERANGKAI
Di
samping bidang akademik, sekolah juga berusaha menjayakan aktiviti
aktiviti ko-kurikulum di semua peringkat sama ada sekolah, daerah,
negeri dan negara.
BULAN SABIT
Melambangkan nilai murni dalam keagamaan yang berteraskan Agama
Islam sebagai agama rasmi. Menekankan sifat kerohanian yang baik.
|
 |
WARNA KUNING
Melambangkan kesetiaan. Setia kepada Raja, Negara, Sekolah dan Masyarakat
amnya. Bersifat tenang dan bersedia menepuh cabaran dalam kehidupan
seharian. Berdisiplin dalam semua perkara yang dilakukan.
WARNA MERAH
Melambang semangat waja, bersungguh dan mempunyai keazaman yang
kuat dalam segala hal demi memajukan diri. Tidak mudah putus asa
dan sentiasa berani menghadapi cabaran.
|
BERIMAN:
Sifat semulajadi manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya.
Oleh itu kepercayaan kewujudan Tuhan adalah menjadi
Kewajipan setiap manusia.
BERILMU:
Manusia sebagai hamba Tuhan dan berfungsi sebagai pemimpin dengan tugas
yang dinyatakan memerluakan penguasaan ilmu, ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Pendidikan sekolah diharapkan mencapai persaimbangan di antara kedua-duanya
dan boleh berfungsi mencapai matlamat di atas.
BERAMAL:
Berilmu tanpa beramal adalah perbuatan yang tidak sempurna. Oleh itu ilmu
yang dimiliki boleh membentuk peribadi manusia menjadi baik, diperkenbangkan
dan dipergunakan untuk kesejahteraan manusia, membangun manusia dan alamnya,
mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Tuhan. Berilmu dan beramal merupakan
satu tuntutan.
|
|